Sebanyak 30 buah lagi sekolah di Selangor ditutup

30 lagi sekolah di Selangor ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penularan Covid-19 di Selangor yang terus mencatat peningkatan mengakibatkan 30 lagi buah sekolah di negeri ini diarahkan ditutup selama dua hari.

Kesemua sekolah yang diarahkan tutup itu di kawasan Klang, Kuala Selangor, Sepang, Petaling Perdana, Gombak , Petaling Utama dan Hulu Langat.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam pekelilingnya berkata, kesemua sekolah tersebut ditutup selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.

“Penutupan sekolah adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.

“Kita juga meminta sekolah terlibat untuk berbincang dengan PKD bersama-sama pegawai pendidikan daerah pada hari pertama penutupan untuk menentukan jika penutupan sekolah perlu dilanjutkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penutupan sekolah di negeri ini bermula pada 19 April lalu apabila sebanyak 19 sekolah diarahkan tutup susulan berlakunya kluster pandemik Covid-19.

Sehingga semalam, sebanyak 162 sekolah telah diarahkan tutup selepas jangkitan Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN