2,776 kes positif, 1,803 kes sembuh, 13 kematian - Noor Hisham

2,776 kes positif, 1,803 kes sembuh, 13 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan jumlah kes positif baharu Covid-19 melebihi 2,000 kes iaitu 2,776 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 1,803 kes.

Sebanyak 13 kematian direkodkan manakala kes aktif terus menunjukkan peningkatan iaitu 24,713 kes berbanding semalam, 23,753 kes manakala rekod kelmarin adalah 22,926 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 300 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 133 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus merekodkan kes tertinggi positif baharu iaitu 762 kes diikuti Sarawak, 615 kes; Kelantan, 343 kes; Johor, 309 kes; Kuala Lumpur, 254 kes; Pulau Pinang, 123 kes; Negeri Sembilan, 112 kes;

“Negeri yang merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 88 kes; Perak, 45 kes; Kedah, 39 kes; Melaka, 34 kes dan Pahang, 34 kes.

“Bagi negeri yang merekodkan kes satu angka iaitu Terengganu, sembilan kes; Putrajaya, tujuh kes dan Labuan, dua kes manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN