2,331 kes positif; 1,832 kes sembuh; 5 kematian - Noor Hisham

2,331 kes positif; 1,832 kes sembuh; 5 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebihi 2,000 kes iaitu 2,331 kes mengatasi kes sembuh iaitu 1,832 kes.

Sebanyak lima kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 19,094 kes berbanding semalam iaitu 18,600 kes manakala sehari sebelumnya iaitu 17,575 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 225 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 92 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi merekodkan kes positif baharu iaitu 751 kes diikuti Sarawak, 512 kes; Kuala Lumpur, 252 kes; Kelantan, 225 kes; Sabah, 163 kes; Pulau Pinang, 116 kes dan Johor, 100 kes.

“Empat negeri merekodkan kes dua angka iaitu Negeri Sembilan, 89 kes; Kedah, 45 kes; Perak, 42 kes dan Pahang, 20 kes.

“Baki negeri pula, Melaka, sembilan kes; Putrajaya, empat kes; Labuan, dua kes; Perlis, satu kes dan Terengganu, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya