1,889 kes positif; 1,485 kes sembuh; 8 kematian - Utusan Malaysia

1,889 kes positif; 1,485 kes sembuh; 8 kematian

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19, 1,889 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 1,485 kes.

Sebanyak lapan kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 16,696 kes berbanding semalam iaitu 16,300 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 204 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi merekodkan kes positif iaitu 517 kes diikuti Sarawak, 489 kes; Kelantan, 226 kes; Sabah, 142 kes dan Kuala Lumpur, 134 kes.

“Negeri yang merekodkan kes dua angka iaitu Pulau Pinang, 92 kes; Johor, 84 kes; Perak, 56 kes; Kedah, 53 kes; Negeri Sembilan, 51 kes; Terengganu, 14 kes dan Pahang, 13 kes.

“Putrajaya pula merekodkan kes satu angka yang tertinggi iaitu lapan kes; Melaka, enam kes; Perlis, tiga kes dan Labuan, satu kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya