1,739 kes positif, 8 kluster, Selangor kekal tertinggi

1,739 kes positif, 8 kluster, Selangor kekal tertinggi

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes positif Covid-19, 1,739 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 1,216 kes.

Sebanyak lapan kluster dan lapan kematian direkodkan manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 15,574 kes berbanding semalam, 15,509 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 183 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 81 kes memerlukan bantuan.

Katanya, Selangor terus kekal menjadi negeri yang merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 535 kes diikuti Sarawak, 443 kes; Sabah, 127 kes dan Pulau Pinang, 113 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Kelantan, 98 kes; Kuala Lumpur, 96 kes; Johor, 67 kes; Melaka, 59 kes; Perak, 50 kes; Negeri Sembilan, 40 kes; Kedah, 40 kes; Terengganu, 32 kes; Pahang, 22 kes dan Putrajaya, 11 kes.

“Hanya Labuan yang merekodkan kes satu angka iaitu empat kes manakala Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, lapan kematian melibatkan warga tempatan iaitu empat kes di Selangor, dua kes di Kuala Lumpur manakala Sabah dan Sarawak, masing-masing satu kes.

“Kes melibatkan lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 57 hingga 78 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang penyakit.

“Antara penyakit yang dikesan iaitu kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, gout, kanser, strok, dislipidemia, asma dan penyakit bawaan
darah,” katanya.

Mengulas mengenai lapan kluster baharu, beliau berkata, ia melibatkan lima kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Katanya, lima kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Kasawari di Kuala Langat, Selangor, 49 kes dan Kluster Jalan Desaria melibatkan Sepang, Gombak,
dan Hulu Langat, Selangor, 13 kes.

“Tiga lagi iaitu Kluster Jalan Bambangan melibatkan Mukah dan Dalat, Sarawak, 30 kes serta Kluster Jalan Badarudin melibatkan Kuching dan Samarahan, Sarawak, 17 kes dan Kluster Jalan Zainab melibatkan Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan, 51 kes.

“Bagi tiga kluster komuniti pula, Kluster Nanga Kelangas di Julau, Sarawak, 37 kes serta Kluster Abak Bon melibatkan Miri dan Subis, Sarawak, 34 kes dan Kluster Meruntum melibatkan Putatan dan Penampang, Sabah, lapan kes,” katanya.

Tambahnya, lapan kluster tamat hari ini iaitu Kluster Melor, Kluster Jalan i-Park Tiga, Kluster Industri Waja, Kluster Bukit Putra, Kluster Kampung Sungai Maong, Kluster Jalan Kabel Gemilang, Kluster Jalan Sungai Baong, dan Kluster Jalan Industri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya