PETALING JAYA: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mendedahkan seramai 1,540 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dengan pelbagai kesalahan termasuk jenayah dan rasuah sepanjang tahun lalu. Jumlah tersebut melibatkan 210 pegawai kanan dan 1,330 polis berpangkat rendah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah JIPS, Datuk Zamri Yahya berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 1,394 terlibat dengan salah laku seperti menyalahgunakan kuasa, terlibat dalam masalah disiplin dan melakukan kelakuan yang melanggar prosedur polis. Menurut beliau, kesalahan membabitkan 1,202 anggota dan 192 pegawai itu turut dikesan seperti berhibur di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya