15 kereta dihempap bumbung parkir runtuh di Hospital Teluk Intan - Utusan Malaysia

15 kereta dihempap bumbung parkir runtuh di Hospital Teluk Intan

KEADAAN runtuhan parkir berbumbung kenderaan kakitangan Hospital Teluk Intan akibat ribut hari ini. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Struktur bumbung pejalan kaki dan parkir berbumbung kenderaan kakitangan Hospital Teluk Intan, di sini hari ini runtuh ketika ribut dan menghempap 15 buah kereta.

Bagaimanapun kejadian itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian itu disedari jurupulih fisioterapi hospital tersebut ketika mahu mengambil keretanya pada pukul 4.20 petang.

Menurutnya, dalam kejadian ribut itu, laluan pejalan kaki dan parkir berbumbung di jabatan pesakit luar sepanjang 30 meter runtuh.

Katanya, sebanyak 15 buah kereta mengalami kerosakan termasuk pecah cermin hadapan serta kemek di bahagian bonet.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku namun bumbung yang roboh menghempap kereta yang diparkir di kawasan itu.

“Pihak Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya