140 tong LPG tanpa lesen dirampas - Utusan Malaysia

140 tong LPG tanpa lesen dirampas

PEGAWAI Penguat Kuasa KPDNHEP cawangan Baling memeriksa sebahagian tong LPG yang dirampas di Kuala Pegang, Baling, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Baling merampas sebanyak 140 tong Gas Petroleum Cecair (LPG) pelbagai jenama bernilai RM13,455.50 di sebuah premis di Kuala Pegang, di sini semalam.

Ketua Cawangannya, Adzrin Mohd. Radzi berkata, rampasan itu adalah hasil serbuan sepasukan pegawai KPDNHEP di premis tersebut yang disyaki menjadi tempat simpanan LPG kira-kira pukul 2 petang.

“Ketika serbuan dilakukan terdapat seorang pekerja lelaki berusia 45 tahun berada dalam premis dan mengaku sebagai pekerja di situ.

“Hasil soal siasat dan pemeriksaan lanjut mendapati pemiliknya tidak mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan LPG di bawah Akta Bekalan 1961,” kata Adzrin ketika dihubungi di sini hari ini.

Adzrin memberitahu, premis tersebut dipercayai dijadikan sebagai tempat transit bekalan LPG daripada pembekal untuk edaran di kawasan daerah Baling.

“Kesemua barangan tersebut dirampas termasuk dua buah lori yang digunakan untuk mengangkut tong LPG dengan nilai keseluruhan sitaan dianggarkan sebanyak RM203,455.40,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, siasatan tiurut dilakukan bagi mengesan pembekal LPG tersebut termasuk siasatan dari aspek penyelewengan lain.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya