Sebanyak 11 kontena kapal kargo terbakar lima hari

11 kontena kapal kargo terbakar lima hari

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran 11 kontena yang berada dalam sebuah kapal kargo di Pelabuhan Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 11 kontena yang berada dalam sebuah kapal kargo terbakar kira-kira 15 batu nautika dari perairan Pulau Carey, Banting, sejak Rabu lalu.

Usaha pemadaman dijalankan bomba selepas menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada pukul 5.38 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya sehingga kini masih giat menjalankan operasi pemadaman ke atas kontena berkenaan.

Katanya, pemeriksaan mendapati semua kontena itu antaranya berisi kain sintetik, perabot kayu, plastik resin dan bahan kimia sodium karbonat.

“Kebakaran lima daripada kontena itu berjaya dipadamkan sepenuhnya manakala tiga lagi masih dalam proses pemadaman.

“Tiga lagi kontena bagaimanapun tidak dibuka kerana dalam proses penyejukan (sodium karbonat),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Norazam, pihaknya turut akan membuka enam kontena lain bagi memastikan sama ada berlaku kebakaran atau sebaliknya.

“Operasi setakat ini berjalan lancar dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkam kelak,” katanya.

Tambah beliau, selain JBPM, operasi itu disertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

Terdahulu, Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dalam satu kenyataan berkata, kapal MV Interasia Catalyst sepanjang 260 meter itu berlepas dari Pelabuhan Klang, pada pukul 1 pagi, 4 April lalu, untuk ke Cochin, India.

Namun, pada 5 April, ejen kapal itu memaklumkan terdapat asap yang keluar dari sebilangan kontena di dek kapal dan kapten kapal meminta untuk berpatah balik ke Pelabuhan Klang.

Berikutan kebakaran itu terbatas di kawasan dek yang mempunyai 35 kontena dan empat kapal pemadam kebakaran digunakan untuk membantu 24 anggota, usaha memadam kebakaran diteruskan dan kapal tidak berada dalam keadaan bahaya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya