Zii Jia wira negara selepas menjuarai All England - PM

Zii Jia wira negara – PM

LEE Zii Jia menamatkan penantian empat tahun Malaysia selepas Datuk Lee Chong Wei memenangi Juara All England pada 2017.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Lee Zii Jia atas kejayaan pemain perseorangan lelaki negara itu merangkul kejuaraan kejohanan badminton All England malam tadi.

Beliau berkata, seluruh peminat sukan negara, khususnya badminton tentunya begitu teruja kerana beliau berjaya menundukkan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Viktor Axelson.

Menurut Perdana Menteri, ia sekali gus memberi makna besar dan suntikan motivasi buat pemain muda negara berusia 23 tahun itu apabila ditewaskan oleh pemain sama di peringkat separuh akhir kejohanan ini, tahun lalu.

“Lebih manis Viktor Axelson adalah juara bertahan bagi kejohanan ini. Syabas sekali lagi buat Lee Zii Jia. Tahniah Lee Zii Jia,” katanya dalam catatan Facebook beliau malam tadi.

Muhyiddin pada masa sama memberi kata-kata semangat kepad Zii Jia agar menjadikan kejayaan itu sebagai perangsang untuk bekerja lebih keras dan menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan.

“Perjalanan karier anda masih jauh. Tahniah juga kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) dan barisan kejurulatihan atas kejayaan ini. Syabas Lee Zii Jia! Anda wira kebanggaan negara,” katanya.

Zii Jia akhirnya merangkul kejuaraan besar pertamanya dalam kejohanan badminton All England dengan menumpaskan juara bertahan, bekas juara dunia dan pemain No. 2 dunia, Viktor Axelsen dari Denmark.

Dalam aksi sengit 30-29, 20-22, 21-9 itu, beliau muncul perseorangan lelaki Malaysia keenam menjuarai kejohanan badminton tertua di dunia.

Kemenangan di Birmingham itu membolehkan Zii Jia menamatkan penantian empat tahun Malaysia selepas kali terakhir muncul juara menerusi Datuk Lee Chong Wei pada 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya