Ya, saya sudah kahwin - Elizabeth Tan - Utusan Malaysia

Ya, saya sudah kahwin – Elizabeth Tan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mengejutkan banyak pihak menerusi beberapa keping gambar dirinya memakai busana pengantin, penyanyi dan pelakon terkenal, Elizabeth Tan, 28, mengaku itu adalah gambar majlis perkahwinannya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Siew Jim.

Menurut Elizabeth, dia memohon maaf kerana berita ini menjadi tular di media sosial sebelum sempat dirinya mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Lizzy minta maaf sangat. Sebenarnya saya memang rancang nak umumkan hal ini kepada semua apabila sudah benar-benar bersedia.

“Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan ini kerana pada saya, ini adalah isu kecil sahaja,”katanya.

Elizabeth berkata demikian kepada Utusan Malaysia melalui pembantu peribadinya, Athirah Zainudin bagi mengulas berkenaan gambar-gambar perkahwinannya yang bertebaran di Internet hari ini.

Perkara itu juga turut dikongsikan oleh bapa Elizabeth, iaitu David Tan Suan Chew menerusi laman Facebooknya dengan kapsyen berbunyi ‘Anak perempuan terakhir saya’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya