Wang rasuah dalam poket seluar - Utusan Malaysia

Wang rasuah dalam poket seluar

SUSPEK yang disyaki meminta dan menerima wang suapan bernilai RM2,000 daripada seorang wanita. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang sarjan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan reman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang wanita, semalam.

Perintah tahan reman itu dikeluarkan Majistret Lee Kim Keat terhadap suspek berusia 33 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Suspek ditahan petang semalam di sebuah rumah di Bukit Rambai di sini, selepas disyaki meminta dan menerima wang suapan bernilai RM2,000 daripada seorang wanita.

Wang tersebut didakwa sebagai suapan agar anak wanita terbabit tidak dituduh di mahkamah atas kesalahan positif dadah jenis syabu.

Dalam serbuan tersebut, wang rasuah dikatakan dijumpai di dalam poket seluar suspek dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai dan anggota SPRM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya