UMNO dan Bersatu saling memerlukan - Dr. Mahathir

UMNO, Bersatu saling memerlukan – Dr. Mahathir

DR. MAHATHIR Mohamad bersama Siti Hasmah Mohamad Ali bergambar selepas menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Covid-19 Daerah Langkawi di Langkawi hari ini. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya kerajaan sedia ada tidak mampu untuk bertahan sekiranya UMNO membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata, kedua-dua parti itu saling memerlukan antara satu sama lain memandangkan kerjasama membabitkan beberapa parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional  (PN) ketika ini berada dalam keadaan tidak stabil.

Menurutnya, UMNO boleh memutuskan kerjasama dengan Bersatu sekiranya membentuk satu kerjasama baharu dengan parti-parti tertentu untuk mendapatkan majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

“UMNO tak bekerjasama dengan Bersatu, Bersatu akan jatuh, (apabila) Bersatu jatuh, UMMO pun jatuh kerana dia pun bergantung kepada Bersatu seperti Bersatu bergantung kepada dia (UMNO).

“Dia (UMNO) cuma boleh tarik diri dari Bersatu kalau dia ada kumpulan lain yang bekerjasama dengan dia dan mempunyai cukup bilang untuk menubuhkan kerajaan

“Tetapi setakat ini, tak ada sesiapa yang cukup bilangan (kerusi), bila mai undi (PRU-15) dia (UMNO) terpaksa sokong Bersatu kalau dia tak nak jatuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima suntikan vaksin CovidI-19 di Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) Daerah Langkawi di Kompleks Sukan Langkawi di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini dilaporkan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk tidak bekerjasama pada PRU-15.

Surat bertarikh 26 Februari itu juga menyatakan kebersamaan UMNO dengan kerajaan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

Dalam pada itu, Mahathir menyifatkan gabungan Perikatan Nasional, UMNO dan beberapa parti lain yang kini berada di pihak kerajaan hanyalah satu bentuk kerjasama yang tertumpu kepada persediaan menghadapi pilihan raya semata-semata.

Tambahnya, kerjasama itu berbeza dengan kerjasama yang dibentuk melalui Barisan Nasional dan Parti Perikatan sebelum ini yang disifatkan beliau sebagai gabungan yang sebenar.

“PN merupakan gabungan baru dan mereka nampak tak begitu bergabung dengan kemas, ada pendapat yang berbeza antara mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya