JOHOR BAHRU: Beberapa butir logam timah dipercayai peluru daripada senapang angin yang digunakan seorang lelaki ketika menembak isterinya dalam kejadian di Kota Tinggi, dekat sini Isnin lalu ditemukan di beberapa bahagian badan wanita itu. Kesan tembakan dari jarak dekat antaranya termasuk di bahagian dada dan perut ditemukan ketika proses bedah siasat yang dijalankan semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa yang selesai semalam turut menemukan kesan lebam di beberapa bahagian badan wanita berkenaan. Katanya, polis masih menunggu laporan penuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya