Tabung penjagaan haiwan Malaysia di PKGK - Utusan Malaysia

Tabung penjagaan haiwan Malaysia di PKGK

ZUHAIRI Ab. Kadir (tengah) menyampaikan replika akaun global GPS kepada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah di Lanchang, Temerloh, Pahang. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Sebuah tabung bagi aspek penjagaan haiwan di seluruh negara diwujudkan Trizure International (M) Sdn. Bhd. yang berpusat di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah. 

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, tabung itu akan disumbangkan menerusi perkongsian keuntungan global (GPS) membabitkan kira-kira 400 juta ahli syarikat tersebut di seluruh dunia. 

“Kita pilih PKGK bukan untuk mencipta kelainan tetapi adalah untuk aspek penjagaan haiwan di seluruh negara. Tiada amaun minimun atau maksimum ditetapkan tetapi ia berdasarkan kepada GPS. 

“Saya bagi contoh, ahli kita ada 400 juta seluruh dunia, cuba bayangkan jika seorang hanya sumbang RM1 sahaja, itu contoh GPS yang saya maksudkan.

“Sumbangan kepada tabung penjagaan haiwan itu adalah berterusan, tiada talian hayat selagi ada bulan dan bintang,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Majlis Pelancaran Empire Business Trizure di PKGK Kuala Gandah di sini semalam. 

Yang hadir sama pada majlis itu, Pengasas Trizure Internatiol (M) Sdn. Bhd., Datuk Dr. S. Selveraja dan Penasihatnya, Datuk Jafri Zainal. 

Pada majlis tersebut, Trizure Internatiol (M) Sdn. Bhd. turut menyumbangkan makanan kepada kira-kira 32 ekor gajah di pusat berkenaan dan pelancaran Kad Jiwa Prihatin dari Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) bagi membantu golongan B40.

Mengulas lanjut, Zuhairi berkata, tabung itu bukan sahaja untuk aspek penjagaan haiwan di PKGK sahaja malah bagi keperluan pusat pemeliharaan lain yang memerlukan di seluruh negara. 

“Sebagai contoh, saya telah berjumpa dengan Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), haiwan yang kritikal pada ketika ini harimau yang mana dijangka pupus 15 ke 20 tahun akan datang. 

“Jadi, sumbangan ini boleh digunakan untuk aspek penjagaan dan pemeliharaan harimau, ini penting kalau kita tidak ambil berat, generasi akan datang tidak akan dapat lihat lagi harimau hidup,” katanya. 

Berhubung Kad Jiwa Prihatin, beliau berkata, kad itu akan memberi diskaun antara lima ke 50 peratus kepada pemegangnya yang membabitkan ahli Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) untuk berbelanja di premis-premis di negeri ini.

” Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai rakyat terjejas, jadi kita wujudkan kad ini yang dibangunkan oleh Trizure. Buat masa ini kita buat di Pahang terlebih dahulu dan insya-Allah akan diperluaskan ke seluruh negara,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya