Swasta terlibat imunisasi fasa 2 dan 3 - Utusan Malaysia

Swasta terlibat imunisasi fasa 2 dan 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Fasa dua dan tiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan dilaknsakana pada April dan Mei ini, akan melibatkan pembabitan pengamal perubatan swasta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 sudah mencapai persetujuan itu dengan agensi diperbadan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), Protect Health Corp Sdn Bhd, sebagai pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta.

Katanya, tugas agensi itu termasuk mendaftarkan pengamal perubatan am swasta, aspek pembayaran, memberi manual dan memantau program imunisasi.

“Pelantikan Protect Health berdasarkan kepada pengalaman dan keupayaan agensi terbabit melibatkan aspek mendaftar, menyelaras, memantau kualiti dan menguruskan pembayaran kepada pengamal perubatan am swasta bagi Skim Peduli Kesihatan B40 (PEKAB40).

“Bermula hari ini, program fasa kedua dan ketiga untuk pengamal perubatan swasta boleh didaftar melalui www.protecthealth.com.my,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berkenaan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara maya hari ini.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya