Suntikan vaksin ketika bulan Ramadan adalah harus

Suntikan vaksin ketika bulan Ramadan adalah harus

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri menyampaikan sumbangan komputer riba kepada pelajar asnaf Kolej Uniti di kolej tersebut di Tanjung Agas, Port Dickson, Negeri Sembilan semalam. - FOTO/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Suntikan vaksin Covid-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, perkara tersebut telah diputuskan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini. 

“Diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan (dan) kita melihat hampir seluruh dunia mengiyakannya. Terbaharu pandangan daripada Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh menyatakan, mendapatkan vaksin Covid-19 di bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.

“Pernyataan tersebut dikeluarkan untuk menepis keraguan umat Islam dalam menerima suntikan vaksin saat Ramadhan dan keharusan untuk bervaksin sekalipun ketika berpuasa pada bulan Ramadan dan tidak membatalkan puasa. Jawapan tersebut adalah sejalur pandangan Ulama Shafie’ dan pandangan ahli ahli Fatwa ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba Kepada Pelajar Asnaf Kolej Uniti oleh Tabung Haji Travel di Kolej Uniti, Tanjung Agas hari ini. 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Uniti  Port Dickson, Amir Hamzah Md. Isa. 

Pada 12 Februari lepas, Utusan Malaysia melaporkan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam akan membincangkan mengenai garis panduan pengambilan vaksin bagi umat Islam, ketika bulan Ramadan nanti.

Panduan itu akan diumumkan setelah perbincangan mendalam dilakukan bersama semua pihak, dalam mesyuarat yang akan diadakan. 

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, Zulkifli menyampaikan sumbangan sebanyak 40 buah komputer riba kepada pelajar asnaf di Kolej Uniti yang bernilai RM2,000 setiap seorang. 

“Melalui TH Travel & Services Sdn. Bhd., kami berpeluang memberi sumbangan 40 buah komputer riba di Kolej Uniti bagi mengikuti pembelajaran secara dalam talian. 

“Sumbangan hasil zakat TH Travel kepada sasaran asnaf di seluruh Malaysia. Kami juga akan melihat hal-hal terkait keperluan lain dan menyantuni mereka yang memerlukan serta mereka menghadapi masalah memiliki komputer,” katanya yang turut memberitahu pernah bertugas sebagai Pensyarah Kanan Kolej Uniti, Port Dickson pada 1997–2006. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya