SUKE: Syor tubuh siasatan bebas kenal pasti punca kemalangan - Utusan Malaysia

SUKE: Syor tubuh siasatan bebas kenal pasti punca kemalangan

MUZAFFAR SYAH MALLOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah siasatan bebas terdiri dalam kalangan pakar dan golongan bebas perlu ditubuhkan bagi menyiasat punca kemalangan di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, siasatan bebas itu perlu ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian yang mengakibatkan beberapa pengguna terbunuh ketika melalui tapak binaan lebuh raya tersebut.

Katanya, keperluan penubuhan siasatan bebas itu dilihat penting bagi meningkatkan tahap keberkesanan proses siasatan yang bakal dilakukan oleh pakar dan golongan profesional dan memberi keyakinan kepada orang ramai berhubung hasilnya kelak.

“Ia juga penting ditubuhkan kerana tragedi kemalangan yang selalu berlaku di tapak binaan lebuh raya tidak boleh dipandang enteng.

“Isu melibatkan tahap keselamatan di tapak pembinaan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak kerana kesan buruk akan menimpa terutama kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, kemalangan salah satu komponen kren gantri terjatuh mengakibatkan tiga pekerja warga asing maut dan seorang pemandu cedera parah di tapak pembinaan SUKE.

Menurut Muzaffar Syah, kejadian seumpama itu yang berterusan berlaku menunjukkan berkemungkinan masih terdapat kekurangan dan kelemahan dalam sistem keselamatan pekerja atau faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada kemalangan tersebut.

“Aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja perlu diberi keutamaan. Semua tempat kerja perlu mematuhi segala peraturan ditetapkan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (AKKP).

“Selain itu, bukan hanya semua pihak memainkan peranan penting tetapi majikan juga seharusnya cakna dan memainkan peranan penting dari aspek keselamatan serta kesihatan kerana mereka adalah ketua di tempat kerja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya