Sindiket judi dalam talian sewa kondominium mewah - Utusan Malaysia

Sindiket judi dalam talian sewa kondominium mewah

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis membongkar sindiket judi dalam talian selepas melakukan serbuan di tiga unit kondominium mewah di Kelab Cinta Sayang, di sini malam semalam.

Kondominium yang disewa oleh sindiket judi itu dijadikan sebagai pusat panggilan untuk kegiatan haram tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, seramai 23 ahli sindiket itu yang berusia 17 tahun hingga 40-an ditahan dalam serbuan pada pukul 11 malam tersebut.

Katanya, mereka yang ditahan itu melibatkan seramai 17 lelaki dan tiga wanita tempatan serta tiga lelaki warganegara China.

Katanya, premis tersebut diserbu hasil maklumat dan risikan yang dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

“Polis merampas 235 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 13 komputer riba serta 10 modem yang dipercayai digunakan oleh sindiket terbabit untuk aktiviti perjudian tersebut.

“Sindiket ini dipercayai baru memulakan operasi mempromosi judi dalam talian kepada warganegara China sejak dua minggu lalu di premis yang disewa sebanyak RM3,000 sebulan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Menurut Adzli, semua lelaki dan wanita tempatan itu diawasi tiga lelaki warganegara China yang bertindak sebagai penyelia dan dibayar gaji RM3,000 seorang untuk mendapatkan pelanggan.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini sedang menyiapkan laman web untuk transaksi judi dalam talian dan belum lagi melibatkan pertaruhan.

“Ahli sindiket ini tidak dibenarkan keluar daripada unit yang disewa dan dibekalkan makanan oleh penduduk tempatan,” katanya.

Katanya, sindiket itu memilih premis berkenaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa kerana dikawal rapi sepanjang masa dan terletak di dalam kawasan kediaman mewah.

Menurutnya, kesemua yang ditahan dan barang rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41c Akta Pertaruhan 1953,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya