Sidang Parlimen: Azhar tak mahu `over shadow' majlis hari ini - Utusan Malaysia

Sidang Parlimen: Azhar tak mahu `over shadow’ majlis hari ini

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun enggan mengulas  isu penangguhan sidang Parlimen yang menerima desakan pelbagai pihak termasuk pihak pembangkang.

“Saya tidak mahu ‘over shadow’ (membayangi) majlis perasmian hari ini.

“Kalau saya jawab, habis semua majlis ini tidak menjadi bahan berita nanti,” katanya ringkas pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) di sini  hari ini.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengasas COMWEL yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

 Baru-baru ini, akhbar melaporkan banyak pihak meminta supaya sidang Parlimen diadakan kerana penting dalam menentukan hala tuju negara termasuk memastikan sistem demokrasi berfungsi. 

 Mereka menganggap keputusan menangguhkan sidang Parlimen se­hingga Ogos sebagai bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan membenarkan Dewan Rakyat bersidang ketika tempoh darurat. 

 Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan tiada keperluan sidang Parlimen dalam tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos ini berdasarkan justifikasi undang-undang selain membolehkan tumpuan kerajaan kepada usaha menangani Covid-19.        

Takiyuddin berkata, berdasarkan Seksyen 14 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) dinyatakan dengan jelas sidang Parlimen ditiadakan dalam tempoh darurat iaitu peruntukan berhubung memanggil, memprorog atau membubar Parlimen tidak mempunyai kesan.

Katanya, kenyataan yang dibuat Istana Negara baru-baru ini adalah bagi menjelaskan perkara tersebut iaitu tiada sidang parlimen dalam tempoh itu.

Pada 12 Januari lalu, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) digantung susulan pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala semua pilihan raya raya  tidak akan diadakan sehingga Ogos depan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya