'Semuanya okey'- Pengurus majlis Neelofa, Haris - Utusan Malaysia

‘Semuanya okey’- Pengurus majlis Neelofa, Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilik dan pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari enggan membuat sebarang penjelasan berhubung majlis perkahwinan Neelofa, 32, dengan Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah hotel baru-baru ini.

Bagaimanapun ketika diasak media sejurus keluar dari pintu hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Faiz sempat melemparkan senyuman.

“Keterangan semua okey. Tiada apa nak cakap,” katanya ringkas selepas hampir dua jam tampil memberi keterangan.

Faiz ditemani isterinya, Rozana Mumtaz yang juga merupakan pengurus majlis pernikahan kedua-dua pasangan selebriti tersebut.

Sementara itu,pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin juga enggan memberi sebarang penjelasan sambil berlalu pergi meninggalkan kumpulan media yang menanti.

Nadiah dilihat terus meningggalkan IPD sekitar pukul 2 petang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya