Sasar lahirkan 12,500 usahawan menerusi MPSR - Utusan Malaysia

Sasar lahirkan 12,500 usahawan menerusi MPSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) komited mencapai sasaran melahirkan kira-kira 12,500 usahawan baharu dalam kalangan pekebun kecil menjelang tahun 2025 menerusi Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) 2021-2025.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif berkata, pihaknya juga akan terus memastikan sebanyak 22,500 usahawan baharu dan sedia ada mendapat bantuan keusahawanan daripada RISDA dalam tempoh sama.

Ujarnya, sasaran menerusi teras hasil baharu pekebun kecil itu dapat dicapai sekiranya pekebun kecil mengeksploitasi sumber ekonomi lain bagi menambah pendapatan dengan melaksanakan aktiviti hasil baharu.

“Kita akan bantu pekebun kecil melaksana dan mengurus perniagaan yang dapat menjana pendapatan sampingan selain getah dan menyediakan bantuan bagi mereka jalankan projek yang boleh mengeluarkan produk nilai tambah.

“Peluang kepada golongan sasar ini akan dibuka menerusi inisiatif keusahawanan, agromakanan dan industri hiliran. Inisiatif ini sekali gus dapat kurangkan kebergantungan mereka kepada hasil getah sahaja jadi untuk mulakan perniagaan, peruntukan antara RM10,000 sehingga RM100,000 akan diberikan,” katanya dalam Majlis Pelancaran MPSR 2021-2025 di sini.

Selain teras hasil baharu pekebun kecil, model itu disusun dengan tiga teras utama lain iaitu tanah pekebun kecil, syarikat milikan RISDA dan landasan inklusiviti.

Menurut Mohd. Salim, pihaknya turut menyasarkan 110,000 hektar tanam semula pokok getah, 80 peratus kebun getah bantuan akhir dapat ditoreh, peningkatan produktiviti kebun seluas 230,000 hektar dan seramai 121,000 pekebun kecil menerima bantuan produktiviti menerusi strategi pembangunan komoditi getah, pemasaran dan dana khas.

Katanya, menjelang 2025 juga, RISDA berharap dapat menggembleng sumber dan potensi bagi mendukung peranan dalam pembangunan pekebun kecil menerusi beberapa strategi agar kumpulan syarikat milikan RISDA dapat menjana keuntungan sebelum cukai sebanyak lima peratus setahun.

“Daripada teras keempat iaitu landasan inklusiviti pula, kita sasar dapat mewujudkan satu set big data, membimbing dan menyediakan latihan kepada 350,000 pekebun kecil menerusi strategi pelaksanaan program lestari berasaskan teknologi hijau dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya