Sasar 350,000 penduduk Putrajaya - Utusan Malaysia

Sasar 350,000 penduduk Putrajaya

MUHAMMAD Azmi Mohd. Zain (tiga dari kanan) meraikan Ulang Tahun Ke 25 Perbadanan Putrajaya di perkarangan Perbadanan Putrajaya (PPj) di sini, hari ini. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) menyasarkan jumlah bilangan penduduk di pusat pentadbiran kerajaan mencapai 350,000 orang dalam tempoh 25 tahun akan datang.

Ia bagi memastikan bandar berkenaan meriah dengan aktiviti pentadbiran kerajaan dan pembangunan ekonomi.

Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain berkata, perancangan tersebut terkandung dalam Pelan Strategik Putrajaya Keempat bermula tahun ini hingga 2025.

Katanya, bagi merealisasikan hasrat berkenan, PPj akan membangunkan lot-lot komersial di sekitar Putrajaya sebagai tarikan buat pemaju tanpa menjejaskan objektif asal Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan.

“Buat masa ini kita hanya mempunyai kira-kira 100,000 penghuni yang terdiri dari 90 peratus adalah anggota pentadbiran awam.

“PPj akan membangunkan lot-lot komersial untuk menarik pemaju swasta bersama-sama membangunkan Putrajaya,” jelasnya selepas merasmikan sambutan Jubli Perak PPj di Padang Kompleks PPj, Dataran PPj, Presint 3, Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, walaupun pada masa sama PPj membenarkan pihak lain membina kehidupan di Putrajaya namun penjawat awam tetap akan diutamakan terlebih dahulu.

Katanya lagi, daripada jumlah sasaran 350,000 penghuni dalam tempoh 25 tahun akan datang, peratusan buat anggota pentadbiran awam adalah 55 peratus manakala sektor swasta 45 peratus.

“Pembangunan ekonomi akan dijalankan dalam tempoh berkenaan namun ia perlu seiring dan tidak menjejaskan objektif asal PPj,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN