Sampai bila hendak bergantung pembantu rumah asing?

Sampai bila hendak bergantung pembantu rumah asing?

MAJIKAN kini sukar mendapatkan pembantu rumah sehingga terpaksa bergantung kepada tenaga kerja asing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Status pekerjaan dan gaji tidak lumayan merupakan antara faktor rakyat tempatan tidak berminat untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berkata, malah mereka lebih berminat bekerja di kilang-kilang yang menawarkan gaji lebih tinggi di samping persekitaran kerja yang lebih sesuai.

Katanya, keadaan itu telah menyebabkan majikan kini timbul kesukaran mendapatkan pembantu rumah sehingga terpaksa bergantung kepada tenaga kerja asing.

“Jika ini berterusan sampai bila kita kena bergantung kepada pembantu rumah asing sehingga terpaksa menanggung kos tinggi untuk membawa mereka masuk.

“Apatah lagi pintu sempadan kini ditutup kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan tidak boleh membawa masuk tenaga asing termasuk pembantu rumah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Engku Ahmad Fauzi menyeru pelbagai pihak untuk mencadangkan satu formula khas bagi menarik minat rakyat tempatan berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Katanya, ia termasuklah mewujudkan satu program latihan khas di dalam memberi latihan kemahiran kepada warga tempatan.

“Kita perlu jadikan pekerjaan ini lebih menarik untuk menarik minat lebih ramai rakyat negara ini apatah lagi ada dalam kalangan mereka terdesak bagi mendapat pekerjaan.

“Lagi satu kita boleh guna formula seperti aplikasi e-hailing dengan jika mana-mana majikan perlu pembantu rumah, mereka gunakan aplikasi ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya