Rumah kongsi pekerja asing di Kota Bharu serba daif - Utusan Malaysia

Rumah kongsi pekerja asing di Kota Bharu serba daif

SULKIFLI Silang (kiri) ketika melakukan pemeriksaan di tapak pembinaan di Tunjung, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tinggal berhimpit-himpit di ruangan yang sempit, tidur sekadar beralaskan selimut tanpa tilam dan bantal selain memasak dalam keadaan yang sangat kotor.

Demikian persekitaran rumah kongsi serba daif yang dihuni puluhan pekerja warga asing di enam tapak pembinaan di sekitar bandar ini.

Penemuan tersebut ketika operasi bersepadu oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri bersama beberapa agensi lain bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang ini.

Turut terbabit, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Sementara itu, Pengarah JTK negeri, Sulkifli Silang berkata, hanya 46 daripada 456 majikan pekerja asing di negeri ini membuat permohonan perakuan penginapan mengikut Seksyen 24D Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Daripada jumlah itu, katanya, 38 permohonan diluluskan manakala baki lapan lagi masih diproses.

“Statistik ini menunjukkan tahap kesedaran majikan untuk menyediakan kemudahan penginapan yang lengkap untuk pekerja asing masih rendah.

“Saya menyeru agar semua majikan hadir ke pejabat JTK membuat permohonan menyediakan tempat tinggal dan penginapan yang mengikut standard untuk pekerja,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu selesai, hari ini.

Menurut Sukilfi, Akta 446 menetapkan mana-mana majikan yang menggaji pekerja asing perlu menyediakan tempat tinggal yang kondusif dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

“Sekiranya gagal, majikan boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya