Ros Ethiopia bernilai RM42,000 dirampas   - Utusan Malaysia

Ros Ethiopia bernilai RM42,000 dirampas  

SEJUMLAH kotak yang mengandungi bunga ros segar dari Ethiopia dirampas Maqis di KLIA, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 1,208 kilogram (kg) keratan bunga ros segar bernilai RM43,210.65 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Pemangku Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim berkata, keratan bunga dari Ethiopia itu dirampas hasil pemeriksaan di kawasan pemeriksaan Maqis Kargo KLIA pada pukul 3 petang, Selasa lalu. 

Menurut beliau, pemeriksaan terhadap dokumen mendapati ia tidak mematuhi syarat permit importdikeluarkan jabatan itu. 

“Terdapat kekeliruan nombor permit pada sijil fitosanitasi dan permit import dikemukakan kepada pegawai Maqis bertugas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Zamri berkata, kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit kesalahan menurut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan  boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN