Peruntukan RM3.8 juta untuk set pakaian sekolah Orang Asli

RM3.8 juta untuk set pakaian sekolah Orang Asli

ABDUL Rahman Mohamad (kiri) menyampaikan sumbangan set pakaian seragam sekolah kepada seorang murid Orang Asli di SK Kechau 1, di Lipis, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memperuntukkan sejumlah RM3.8 juta untuk set pakaian seragam sekolah kepada murid Orang Asli untuk tahun ini hingga 2023.

Bantuan berkenaan adalah inisiatif kementerian itu untuk mengurangkan peratus keciciran murid Orang Asli dan menggalakkan mereka untuk pergi ke sekolah.

Sehingga kini, sebanyak 7,494 set bantuan persekolahan telah disampaikan Jakoa kepada murid masyarakat Orang Asli di seluruh negara. 

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 2,629 set bantuan telah disalurkan di negeri ini pada sesi persekolahan kali ini. 

Timbalan Menteri 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, selain pakaian, kementerian itu turut menyediakan bantuan lain seperti penyediaan pengangkutan ke sekolah dan bantuan wang saku. 

“Bantuan ini untuk memastikan masyarakat Orang Asli mendapat pendidikan yang sempurna.

“Harapan kementerian supaya masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam pendidikan dan dapat melahirkan generasi baharu yang bakal menjadi pemimpin dan menyumbang bakti kepada masyarakat mereka dan juga negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bantuan set persekolahan kepada wakil murid Orang Asli di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kechau 1, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN