Rayuan dibenar, polis tetap kena bayar RM357,500

Rayuan dibenar, polis tetap kena bayar RM357,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Walaupun Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 6-1 di sini hari ini membenarkan rayuan pihak polis dan kerajaan Malaysia berhubung ganti rugi teladan namun mereka masih perlu membayar ganti rugi sebanyak RM357,500 kepada keluarga seorang pemandu lori yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan, sembilan tahun lalu.

Ini kerana, jumlah ganti rugi teladan sebanyak RM200,000 telah dijadikan sebagai ganti rugi teruk.

Panel hari ini diketuai Presiden Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang lain, Datuk Abdul Rahman Sebli, Datuk Zabariah Mohd. Yusof, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Hakim Datuk Nallini Pathmanathan. Hakim Nallini menentang kepada keputusan tersebut.

Majoriti panel itu memutuskan demikian pada rayuan pihak polis membabitkan dua anggota dan tiga pegawai, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Kerajaan Malaysia selaku perayu manakala N. Selvi yang merupakan isteri kepada mendiang P. Chandran dan anak mereka, C. Rita dinamakan sebagai responden.

Terdahulu, ketika membaca penghakiman ringkasnya, Datuk Rhodzariah Bujang menyatakan ganti rugi teladan hanya boleh diberikan kepada plaintif atau individu yang menjadi mangsa dan tiada di mana-mana peruntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan waris menerima ganti rugi teladan bagi pihak mereka yang telah meninggal dunia.

“Walaupun begitu, kami tidak berpendapat untuk mengetepikan jumlah ganti rugi yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini. Pada pandangan kami, ganti rugi teladan dan teruk saling berkait antara satu sama lain.

“Memandangkan dan memandangkan responden telah memplidkan ganti rugi teruk tetapi telah ditolak, kami memutuskan untuk mengetepikan ganti rugi teladan yang diberikan sebelum ini dan menggantikannya dengan ganti rugi teruk,”kata beliau.

Tambah Hakim Rhodzariah, jumlah ganti rugi sebanyak RM200,000 yang ditetapkan sebelum ini adalah berpatutan dan menggambarkan rasa benci mahkamah terhadap kecuaian perayu sehingga menyebabkan kematian mangsa.

Pada September 2015, Selvi dan Rita memfailkan saman sivil terhadap tujuh perayu itu dengan mendakwa kematian Chandran disebabkan kecuaian defendan dan tindakan mereka menjurus kepada salah laku awam serta melanggar hak berperlembagaan penanggung tunggal keluarga itu.

Chandran, seorang pemandu lori, ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes penculikan seorang bayi baharu dilahirkan.

Sementara itu, Hakim Nallini dalam penghakiman menentangnya menyatakan mengarahkan perayu untuk membayar ganti rugi teladan adalah sebagai pengajaran kepada mereka atau mana-mana pihak yang bertindak tidak wajar.

“Dalam kes ini, (ganti rugi teladan) sebagai hukuman kepada pihak polis dan mencegah daripada ia berulang,” ujar beliau.

Selain itu, Hakim Nallini menyatakan, tuntutan ini merupakan satu kes yang wajar untuk mengambil tindakan terhadap perayu mengikut undang-undang kerana melanggar hak mangsa di bawah Perlembagaan.

Pada 16 Januari 2015, Koroner Ahmad Bache (kini Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) yang mendengar inkues berhubung kematian Chandran memutuskan bahawa polis bertanggungjawab terhadap kematian mangsa apabila gagal memberikan bantuan perubatan pada masa yang tepat.

Chandran, seorang pemandu lori, ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes penculikan seorang bayi baharu dilahirkan.

Pada September 2015, Selvi dan Rita memfailkan saman sivil terhadap tujuh perayu itu dengan mendakwa kematian Chandran disebabkan kecuaian defendan dan tindakan mereka menjurus kepada salah laku awam serta melanggar hak berperlembagaan si mati.

Pada 9 Januari 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan perayu membayar ganti rugi ganti rugi teladan RM200,000, kehilangan penanggung RM144,000, RM10,000 kerana kehilangan dan ganti rugi khas RM3,500 kepada dua beranak itu ekoran kematian Chandran, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan selepas tidak diberikan rawatan yang sepatutnya.

Panel tiga hakim yang diketuai Tun Tengku Maimun Tuan Mat (kini Ketua Hakim Negara) turut mengarahkan perayu untuk membayar kos sebanyak RM10,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN