Pusat sehenti banteras Macau Scam  - Utusan Malaysia

Pusat sehenti banteras Macau Scam 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu pusat sehenti atau CCID Response Centre ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai inisiatif membanteras kegiatan penipuan panggilan, Macau Scam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Zainuddin Yaacob berkata, objektif pusat yang diwujudkan 15 Februari lalu berikutan peningkatan kes penipuan yang dicatatkan sejak beberapa tahun lalu. 

Katanya, untuk tempoh tahun ini sehingga 25 Mac lalu, sebanyak 1,392 kes penipuan Macau Scam dengan jumlah kerugian hampir RM38.1 juta dicatatkan.

“Bagi tahun 2020, sindiket berjaya mengaut keuntungan kira-kira RM287.3 juta dengan 6,003 kes manakala RM254.5 juta (5,725 kes) untuk tahun  sebelumnya.

“Pusat ini adalah bagi memudahkan orang ramai untuk berhubung dengan JSJK berkaitan jenayah tipu menerusi panggilan telefon,” katanya dalam kenyataan di sini semalam. 

Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, pusat ini juga berfungsi sebagai penerima maklumat pertama antaranya nombor telefon, akaun bank diberikan sindiket Macau Scam atau sebarang maklumat berkaitan penipuan. 

Katanya, ia juga membantu orang ramai mendapatkan pengesahan sama ada panggilan tersebut daripada agensi kerajaan atau panggilan penipuan,” katanya.

“Sesiapa yang menjadi mangsa atau ada maklumat boleh memaklumkan menghubungi  pusat ini di talian 03- 26101559 dan 03-26101599.

“Kita juga menyeru orang ramai agar memanfaatkan kemudahan ini bagi memastikan ancaman jenayah tipu panggilan dapat diatasi,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya