Pulut Lagenda jenama baharu dari Langkawi - Utusan Malaysia

Pulut Lagenda jenama baharu dari Langkawi

RONALD Kiandee (tiga dari kiri) melancarkan jenama Pulut Lagenda di PPK Langkawi, hari ini. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjenamakan beras pulut  dihasilkan daripada projek rintis penanaman padi pulut di sini sebagai Pulut Lagenda.

Nama itu yang menjadi signature baharu dalam industri di pulau pelancongan tersebut diumumkan Menteri MAFI, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee di Pertubuhan Peladang Kawasan Langkawi di sini hari ini.

Beliau berkata, projek tanaman beras pulut diusahakan  326 peserta melibatkan kawasan seluas 541.58 hektar bermula Julai 2019.

“Nama Pulut Lagenda dipilih kerana sinonim dengan Langkawi dan kita berikan nama Pulut Lagenda supaya ia menjadi suatu produk unik di pulau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan replika cek Tabung Bencana Tanaman Padi kepada petani kawasan ini dan Kuala Nerang yang terlibat dengan bencana alam sepanjang November 2019 hingga Oktober 2020 pada program MAFI Prihatin.

Menurutnya, kerajaan memperuntukkan  RM20.5 juta bagi melaksanakan penanaman padi pulut yang akan diadakan secara berperingkat melibatkan lapan kawasan di pulau ini bermula musim satu tahun ini.

“Tahun 2019, hasil pengeluaran padi pulut  sebanyak 1.55 metrik tan dan melonjak kepada 6.94 metrik tan pada tahun lalu,” ujarnya.

Tambahnya, MAFI  akan meluluskan peruntukan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk membina sebuah kilang padi yang memproses padi pulut tersebut.

Selain itu, beras Pulut Lagenda akan dipasarkan oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

“Difahamkan harga beras itu lumayan dan bakal menjadi sumber pendapatan baharu kepada pesawah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya