PRU-15: PN diramal kalah teruk gara-gara Kluster Katak

PRU-15: PN diramal kalah teruk gara-gara Kluster Katak

NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perikatan Nasional (PN) diramal akan mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) gara-gara Kluster Katak.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, ia susulan tindakan beberapa wakil rakyat pembangkang yang lompat parti dan mengumumkan menyokong PN.

Katanya, walaupun segelintir pemimpin UMNO berdepan pelbagai pendakwaan di mahkamah tetapi kalangan mereka tidak memilih menjadi katak semata-mata untuk menyelamatkan diri.

“Ada yang mengatakan Kluster Mahkamah akan melemahkan UMNO tetapi di pihak kerajaan PN pula Kluster Katak bakal menyebabkan mereka kalah teruk.

“Mahkamah adalah jalan terbaik untuk membersihkan nama dan kita tidak gentar, namun di pihak sana, baru sahaja disiasat sudah takut dan mengumumkan keluar daripada parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta-merta.

Xavier yang bersama PKR sejak 1998 kini menyokong kerajaan PN dan akan meneruskan tugas beliau sebagai ahli Parlimen bebas di Kuala Langat.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong meninggalkan PKR dan kini menjadi ahli Parlimen bebas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya