JAKARTA: Hampir 300 kakitangan kerajaan di Pentadbiran Daerah Mimika, wilayah Papua bakal dipecat selepas dikesan ponteng kerja dengan tidak masuk ke pejabat selama beberapa tahun. Lapor Kompas.com, kes itu didedahkan selepas siasatan dilakukan oleh Jabatan Pemeriksa Daerah bersama Badan Pegawai dan Sumber daya Manusia Daerah Mimika. Laporan pendedahan itu menyebut biarpun kira-kira 280 kakitangan kerajaan di Mimika tidak masuk ke pejabat selama beberapa tahun, mereka masih menerima gaji seperti biasa. Ketua Daerah Mimika, Eltinus Omaleng berkata, beliau sudah arahkan pihak berkaitan untuk memanggil kesemua kakitangan tersebut berhubung kes berkenaan. “Jadikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya