Polis siasat dakwaan menteri langgar SOP  - Utusan Malaysia

Polis siasat dakwaan menteri langgar SOP 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG:  Polis membuka Kertas Enkuiri Polis (KEP) bagi memulakan siasatan terhadap tuduhan beberapa menteri melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas  negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya akan segera melakukan siasatan terhadap dakwaan tersebut susulan  laporan polis dibuat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda). 

“Setakat ini, kita akan dapatkan keterangan daripada penganjur majlis dahulu,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, setakat ini, belum ada arahan Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Selangor untuk mengambil keterangan menteri yang didakwa. 

Untuk rekod, Muda membuat laporan polis mengenai dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 16 Mac lalu sebelum disusuli laporan polis di lPD Sepang. 

Laporan polis tersebut menyebut beberapa menteri hadir pada majlis perkahwinan anak perempuan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias di Seremban pada 14 Mac lalu. 

Sebelum itu, gambar beberapa menteri di majlis perkahwinan tersebut dimuat naik oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohd. Zaidy Abdul Kadir di akaun Instagramnya sebelum dipadamkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN