Polis siasat ADUN cabul ahli wanita sebuah parti politik

Polis siasat ADUN cabul ahli sebuah parti politik

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa telah melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita.

Laporan polis tersebut dipercayai dibuat wanita berusia 31 tahun yang juga merupakan salah seorang ahli sebuah parti politik di sebuah Balai Polis di Daerah Subang Jaya pada 16 Mac lalu.

Difahamkan, perbuatan cabul tersebut dipercayai berlaku pada 8 Mac lalu selepas wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai itu mendakwa telah keluar bersama ADUN terbabit di sebuah pusat beli belah di Subang Jaya.

Semasa sedang berjalan-jalan, suspek didakwa secara tiba-tiba cuba memegang tangan mangsa tetapi telah ditepis oleh wanita tersebut.

Tidak terhenti disitu, wanita terbabit kemudiannya mendakwa telah pergi makan bersama ahli politik tersebut namun semasa mereka berada di dalam kereta suspek untuk pergi makan, ADUN berbabit didakwa bertindak meraba, menarik bahu dan memegang tangan mangsa tetapi telah ditolak olehnya.

Walaupun suspek tahu wanita itu tidak senang dengan situasi tersebut, suspek tetap melakukannya.

Malah, suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Kata beliau, suspek telah dipanggil bagi siasatan lanjut pada 18 Mac lalu bagi siasatan lanjut dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya