Isu Kartel: Polis Perlis beri sokongan pada Abdul Hamid

Polis Perlis beri sokongan pada Hamid

SURINA Saad memberi tabik hormat semasa Majlis Perbarisan dan Perhimpunan sempena Hari Polis ke-214 di IPK Perlis, Kangar hari ini. - FOTO/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pegawai dan anggota polis harus patuh dan memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan tertinggi pasukan itu dengan perlu mengelak budaya kartel di dalam pasukan keselamatan tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, setiap apa tindakan yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pasti mempunyai sebab tersendiri demi kebaikan pasukan.

“Oleh itu, kita kena sentiasa setia dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara sebagai pemimpin tertinggi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan dan Perhimpunan sempena Hari Polis ke-214, di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama sekali tidak akan membiarkan mana-mana anggota dan pegawai yang didakwa mewujudkan kartel  bagi menguasai jawatan dalam pasukan itu berkembang.

Abdul Hamid dilaporkan berkata, beliau yakin situasi yang berlaku dalam PDRM itu masih terkawal serta akan menghentikan gerakan tersebut.

Kata Abdul  Hamid, beliau juga akan memaklumkan hal tersebut kepada Menteri Dalam Negeri berhubung isu ini.

Dalam pada itu, Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) Negeri Perlis, Tengku Asmara Tengku Burhanudin pula berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Ketua Polis Negara berhubung isu kartel itu.

“Dengan pendedahkan ini, pegawai dan anggota polis akan lebih telus dalam menjalankan tugas. Lagipun, gaji mereka sekarang pun sudah besar, jadi saya harap perkara begini tidak akan berlaku,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya