Polis buru 3 warga Acheh bantu siasatan kes dadah - Utusan Malaysia

Polis buru 3 warga Acheh bantu siasatan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengesan tiga warga Indonesia yang masih bebas bagi membantu siasatan berhubung kes rampasan dadah, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, ketiga-tiga suspek yang berasal dari wilayah Acheh di Sumatera , Indonesia itu dikesan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B (1)(a)Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, suspek utama yang dikenali sebagai Razali, 37, beralamat terakhir di Kondominium Sentral, Jalan Juru Sentral, di sini merupakan penyewa rumah di mana barang kes iaitu dadah tersebut dijumpai

“Oleh itu, suspek ini amat penting bagi melengkapkan siasatan kes ini.

“Mereka yang mengetahui di mana suspek tersebut berada diminta segera menghubungi Inspektor Sity Najwa Mohd. Abdul Latif iaitu Pegawai Penyiasat Narkotik, Bahagian Siasatan Narkotik IPD (ibu pejabat polis daerah) Seberang Perai Tengah di talian 010-2882662,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafee, selain Razali polis turut mengesan dua lagi suspek yang masing-masing dikenali sebagai Hafis Fareza, 21, dan Zulfikar, 32.

Katanya, berdasarkan maklumat, alamat terakhir Hafis Fareza adalah sama seperti Razali manakala Zulfikar pula menggunakan alamat di Blok F, Jalan Pelangi 1, Taman Pelangi, Perai di sini.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai dua suspek ini pula diminta menghubungi Inspektor Nursyahirah Safri yang juga Pegawai Penyiasat Narkotik, Bahagian Siasatan Narkotik IPD (ibu pejabat polis daerah) Seberang Perai Tengah di sini di talian 017-5853559,” ujar beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya