PKPD di dua lokaliti di Pahang, Sarawak - Ismail Sabri

PKPD di dua lokaliti di Pahang, Sarawak

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB) bakal dilaksanakan di dua lokaliti berbeza yang masing-masing di Pahang dan Sarawak secara serentak bermula esok dan berakhir 9 April depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antaranya ialah di Taman Guru, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang susulan berlaku peningkatan kes Covid-19.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan ia bertambah secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan pula adalah tinggi,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Pelaksanaan PKPD itu tambah beliau, untuk memudahkan kementerian tersebut melakukan saringan bersasar selain mengawal pergerakan penduduk dan penularan kes dalam komuniti.

Sehingga kini katanya, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 178 ujian saringan dan daripada jumlah berkenaan, secara kumulatif sebanyak 63 kes positif telah pun direkodkan.

Dalam pada itu, satu lagi lokaliti dikenakan PKPD ialah Kampung Batu Gong dan Kampung Chupak, Daerah Kecil Siburan, Bahagian Serian, terletak 30 kilometer dari Kuching, Sarawak.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan ada peningkatan kes secara agak drastik di dua perkampungan ini dengan kadar kebolehjangkitan juga adalah tinggi,” kata Ismail Sabri lagi.

Sementara itu, jumlah pekerja warga asing didapati positif wabak Covid-19 setelah melalui saringan wajib di seluruh negara semalam naik kembali setelah jatuh sehari sebelumnya.

Menurut Ismail Sabri, Kementerian Sumber Manusia merekodkan 21 orang berbanding lima individu kelmarin dan 11 lagi Selasa lalu.

“Pihak kementerian itu memaklumkan sejumlah 2,990 pekerja warga asing sudah menjalani saringan tersebut di seluruh negara semalam,” katanya.

Secara kumulatif ujarnya lagi, sejak awal Disember lalu, seramai 654,071 individu telah pun selesai melakukan ujian mandatori itu yang melibatkan penyertaan sejumlah 33,948 majikan.

Daripada jumlah tersebut ujarnya, cuma 10,055 pekerja warga asing disahkan positif wabak maut berkenaan, manakala selebihnya pula iaitu seramai 644,016 orang lagi adalah negatif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN