Pindaan SOP masjid selepas berbincang MKN, Kementerian Kesihatan

Pindaan SOP masjid selepas berbincang dengan MKN, Kementerian Kesihatan

ZULKIFLI Mohamed Al-Bakri melakukan gimik sanitasi menyempurnakan Program Yadim Peduli: Musaadah dan Sanitasi Masjid di Masjid Kampung Bukit Kadir, Nilai, Seremban hari ini. - FOTO/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebarang pindaan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dan aktiviti di masjid susulan aliran penurunan kes Covid-19 dan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hanya akan diputuskan menerusi perbincangan dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, soal SOP dan ibadah di masjid-masjid adalah di bawah bidang kuasa Sultan dan pihak berkuasa agama negeri namun di Wilayah Persekutuan perkara berkenaan akan di lihat daripada semasa ke semasa.

“Tapi saya yakin apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan juga akan dilaksanakan sebahagiannya mengikut maslahat di tempat masing-masing. Insya-Allah, buat masa ini kita masih lagi dalam pertarungan dalam isu wabak ini, jadi kita perlu melandaikan sebaik mungkin.

“Saya yakin selepas beberapa ketika, mungkin kita pinda dari semasa ke semasa, apabila sesuatu keputusan yang terkait dengan kesihatan dan keselamatan, perbincangan dengan MKN dan Kementerian Kesihatan amat diambil berat sebelum sebarang keputusan berkait dengan ibadah diputuskan, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Yadim Peduli: Musaadah dan Sanitasi Masjid di Masjid Kampung Bukit Kadir, Nilai dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Datuk Ismail Ahmad dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan.

Sementara itu, menurut Zulkifli, garis panduan dan pandangan mengenai pengambilan vaksin semasa bulan Ramadan akan dikeluarkan sebelum bulan ibadat tersebut.

“(Mengenai) garis panduan vaksin pada bulan Ramadan memang kita sudah lihat fatwa-fatwa dan tidak menjadi kesalahan daripada segi (aspek) suntikan tersebut jadi secara rasminya kita akan keluarkan pandangan sebelum Ramadan,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya