Pesakit lelaki Covid-19 cuba cabul jururawat ditahan  - Utusan Malaysia

Pesakit lelaki Covid-19 cuba cabul jururawat ditahan 

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Seorang pesakit Covid-19 lelaki berusia 55 tahun ditahan selepas didakwa cuba meraba dan memegang tangan seorang jururawat wanita di sebuah hospital di sini Isnin lalu. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi semasa mangsa menjalankan prosedur pemeriksaan paras gula dalam darah pesakit terbabit. 

“Bagaimanapun, sebaik sahaja mangsa selesai menjalankan prosedur tersebut, mangsa mendakwa jarinya dipegang dan diusap oleh lelaki berkenaan secara tiba-tiba,” katanya di sini hari ini. 

Noorzainy berkata, pada masa sama suspek juga didakwa telah bertanyakan kepada pengadu sama ada perbuatannya itu disukai oleh mangsa. 

 “Mangsa bagaimanapun berjaya menarik tangannya dengan kuat sehingga dapat melepaskan diri daripada pesakit tersebut,” katanya. 

Tambah Noorzainy, suspek dijangka dituduh di Mahkamah Butterworth di sini esok di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas dakwaan mencabul. 

Difahamkan pesakit itu bagaimanapun telah disahkan sembuh daripada jangkitan Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya