Sesungguhnya kita hanya mampu merancang manakala keizinan terlaksana atas tiap-tiap perkara tersebut tetap milik Tuhan. Itulah ayat yang sepadan menggambarkan situasi penyanyi, Ayu Damit. Segala perancangan disusun atur sebaik-baiknya dalam memastikan kanvas seninya terus berwarna. Bagaimanapun masih ada yang tertangguh dan ada pula yang tidak menjadi sebagaimana diharapkan. Biarpun buah tangan baharunya berjudul Permata yang dilancarkan akhir Januari lalu seakan-akan kurang mendapat sambutan, namun itu sedikit pun tidak mematahkan semangat anak jati kelahiran negeri dibawah bayu, Sabah itu. Malahan, dia tekad untuk terus konsisten menghasilkan karya. “Sebenarnya saya nak orang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya