Penyewa tanah, bangunan Persekutuan diberi diskaun 50 peratus

Penyewa tanah, bangunan Persekutuan diberi diskaun 50 peratus

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan lanjutan inisiatif pengecualian dan diskaun 50 peratus bayaran sewa bagi tempoh enam bulan bermula 1 Januari 2021 kepada semua penyewa tanah Persekutuan dan bangunan Persekutuan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, keputusan itu, berteraskan matlamat-matlamat yang digariskan Kerajaan Persekutuan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) iaitu bagi menyokong kelangsungan perniagaan. 

Katanya, inisiatif pengecualian dan diskaun bayaran sewa ini diberikan adalah untuk membantu penyewa Tanah dan Premis Kerajaan Persekutuan agar dapat menyusun semula strategi perniagaan seterusnya meningkatkan keupayaan dan kestabilan perniagaan mereka.

“Antara inisiatif kepada penyewa Tanah Persekutuan adalah pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan dan diskaun 50 peratus bayaran sewaan bagi tempoh empat bulan mulai 1 September 2020 hingga 31 Disember 2020. 

“Ia melibatkan seramai 259 penyewa yang telah diluluskan inisiatif tersebut sepanjang Mac hingga Ogos 2020,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Shamsul Anuar berkata, pemberian diskaun 50 peratus bayaran sewa bagi tempoh enam bulan mulai 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa. 

Katanya, bagi urusan penyewaan ruang dan premis di bangunan Kerajaan Persekutuan pula, pelanjutan pemberian inisiatif pengecualian bayaran sewaan bagi tempoh empat bulan. 

“Ia bermula 1 September 2020 kepada penyewa yang telah diluluskan inisiatif tersebut sepanjang Mac hingga Ogos 2020

“Pemberian diskaun 50 peratus bayaran sewa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 kepada semua penyewa,” katanya. 

Tambahnya, kementerian dan agensi di mana penyewa premis milik Kerajaan Persekutuan seperti taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain yang beroperasi hendaklah merujuk dengan pihak Kementerian Jabatan Pengguna (KJP) masing-masing bagi pelaksanaan keputusan ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya