Pengusaha katering didenda RM1,500 gagal daftar Perkeso - Utusan Malaysia

Pengusaha katering didenda RM1,500 gagal daftar Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua beradik yang juga pengusaha katering masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah gagal mendaftar perusahaan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sejak 2018.

Selina Lily Davier, 40, dan adik lelakinya, Kelvin Roy, 39, turut berdepan satu bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman denda itu diputuskan setelah mereka membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khir Nizam Jemari.

Mengikut pertuduhan, Selina Lily dan Kelvin Roy selaku majikan utama Restoran & Katering Xavier didakwa gagal mendaftar perusahaannya dengan Perkeso dalam tempoh tidak melebihi 30 hari seperti mana dikehendaki di bawah Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial 1969 (Akta 4) dan Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.

Kesalahan itu dilakukan mereka di Jalan Tun Abdul Razak Edan di sini pada 31 Januari 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 94 (g) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Perkeso, Mohd. faizal Nawawi, Hanis Mustafa kamil Azmie dan S. V. Naline manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya