Pengguna jalan raya bimbang setiap hari lalu projek maut

Pengguna jalan raya bimbang setiap hari lalu projek maut

PIHAK bertanggungjawab perlu memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan sebelum sesuatu projek dilaksanakan. Dalam kejadian semalam, tiga terkorban apabila komponen kren terjatuh di tapak pembinaan Projek Package CA3 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu-Klang Expressway (SUKE) dan menimpa sebuah kenderaan awam yang melalui kawasan itu. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat perlu tahu sama ada agensi bertanggungjawab berhubung aspek keselamatan sama ada benar-benar berperanan atau sebaliknya dalam memastikan kerja pembangunan jalan raya menjamin keselamatan kehidupan seharian mereka.

Ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, para pengguna kini setiap hari resah terhadap beberapa siri tragedi yang berlaku sehingga meragut beberapa nyawa yang melalui jalan raya terlibat.

ASYRAF WAJDI DUSUKI

“Cuma dalam konteks pembinaan lebuh raya seperti ini, rakyat perlu tahu sama ada agensi yang dipertanggungjawabkan benar-benar berperanan mengawasi aspek keselamatan kerja-kerja pembangunan agar ia tidak memudaratkan rakyat,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Beliau mengulas tragedi terbaharu melibatkan projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) semalam sekali gus mengundang persoalan tentang keselamatan berkenaan.

Dalam kejadian di Jalan Alam Damai Cheras itu, komponen kren terjatuh dan menghempap sebuah kereta serta menyebabkan pemandunya seorang warga tempatan cedera parah manakala tiga daripada pekerja projek pembinaan meninggal dunia.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkongsi seorang pengguna Facebook yang meminta Pemuda untuk membangkitkan kebimbangan rakyat berhubung tragedi itu agar diambil serius oleh pihak berkuasa.

Katanya lagi, dipercayai ramai lagi yang berkongsi keresahan yang serupa kerana ia merupakan soal keselamatan dan nyawa masyarakat yang tidak boleh dipandang remeh.

Beliau juga menyarankan projek itu digantung seketika bagi membolehkan siasatan menyeluruh dapat dilakukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya