Penduduk mahu jambatan gantung diganti - Utusan Malaysia

Penduduk mahu jambatan gantung diganti

PENDUDUK Kampung Mambang Berulang dan Kampung Sungai Dingin memerlukan jambatan konkrit bagi menggantikan jambatan gantung sedia ada yang berusia lebih 50 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Kedudukan Kam­pung Mambang Berulang Sebe­rang dan Kampung Sungai Dingin hanya kira-kira satu kilometer dari Bandar Mentakab tetapi kemudahan infrastruktur berada pada era zaman 1970-an.

Begitulah hakikat yang perlu diterima oleh kira-kira 300 penduduk daripada 60 buah rumah yang menjalani kehidupan tidak selari dengan kemajuan pesat negara.

Seorang penduduk, Kamaruddin Harun, 55, berkata, kampung yang terletak di seberang Sungai Semantan itu dihubungkan menerusi jambatan gantung yang dibina sekitar tahun 1970.

“Penduduk menggunakan jambatan gantung ini sebagai laluan utama ke bandar Mentakab dan Temerloh kerana laluan ini paling dekat ke destinasi berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Firdaus Abd. Razak, 36, kesal kerana penduduk dilayani seolah-olah sebagai rakyat kelas kedua.

Sepatutnya, dalam abad ke-21 ini tidak lagi wujud jambatan gantung seperti itu apatah lagi kedudukannya berada dalam radius kurang lima kilometer dari kawasan bandar Mentakab.

Bagi Mohd. Fadzil Arifin, 36, pula, penduduk hanya ada jalan alternatif yang sempit melalui Kampung Gantuk sejauh sembilan kilometer ke jalan utama Temerloh-Mentakab.

Suri rumah, Nurul Naha Hussien, 56 pula berkata, penduduk sudah terlalu lama terseksa menunggu jambatan konkrit merentasi Sungai Semantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya