Penagih dadah terjun dari tingkat satu flat elak ditahan - Utusan Malaysia

Penagih dadah terjun dari tingkat satu flat elak ditahan

SEORANG janda (kanan) yang disyaki ditahan di sebuah rumah flat oleh AADK daerah Kuala Muda dalam Operasi Aduan di Sungai Petani, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki bertindak terjun dari tingkat satu sebuah flat di sini bagi mengelak ditangkap anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Kuala Muda dalam Operasi Aduan, semalam.

Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Muda, Arnida Ishak berkata, lelaki terbabit yang disyaki penagih dadah meloloskan diri selepas terjun dari rumah tersebut.

Bagaimanapun, katanya, seorang janda berusia 44 tahun bersama dua lagi lelaki lain yang berada dalam rumah flat itu ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Rumah tersebut disyaki menjadi tempat penagih dadah melepas gian sejak beberapa bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi Aduan itu diketuai oleh Irdawati Abdul Hamid bersama empat anggota melibatkan kawasan Sungai Petani, Tikam Batu dan Kota Kuala Muda bermula pukul 2.30 petang hingga 11.00 malam.

Beliau berkata, empat lagi lelaki diberkas ketika bersembunyi di belakang stor di sebuah kawasan perumahan, di sini.

Menurutnya, mereka bersembunyi di belakang stor itu setelah menyedari kehadiran anggota AADK dalam operasi itu.

“AADK juga menahan tiga lagi penagih termasuk seorang wanita berusia 38 tahun secara berasingan di sini,” katanya.

“Hasil ujian itu, tujuh orang didapati positif dadah jenis methamphetamine, dua orang positif dadah jenis morfin dan seorang lagi positif ganja,” katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan itu berusia antara 24 tahun hingga 49 tahun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 Pindaan 1998. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya