Pemandu lori punca bongkah konkrit jatuh disaman

Pemandu lori punca bongkah konkrit jatuh disaman

KERJA-KERJA mengalih bongkah konkrit yang terjatuh dari sebuah lori di Lebuh Ampang, Selangor sedang dijalankan. - IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengenakan saman kepada pemandu lori yang cuai yang menyebabkan bongkah konkrit jatuh di Lebuh Ampang di sini hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7 pagi sehingga mengakibatkan laluan trafik sesak di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.

“Bagaimanapun, pihak polis sudah mengeluarkan saman terhadap pemandu lori terbabit.

“Bongkah konkrit itu sudah dialihkan dan laluan kembali lancar kira-kira setengah jam kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular gambar menunjukkan bongkah konkrit di atas jalan raya di kawasan Lebuh Ampang dari arah Taman Melawati ke Dataran Ukay.

Bongkah itu dipercayai terjatuh daripada lori yang melalui jalan tersebut.

Pengguna juga dinasihatkan menggunakan laluan alternatif ketika kerja-kerja pengalihan dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya