Pekerja kilang maut dilanggar kereta Perodua Bezza - Utusan Malaysia

Pekerja kilang maut dilanggar kereta Perodua Bezza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta yang terbabas di simpang tiga Kampung Carok Kelian, Jalan Sungai Limau, Parit Panjang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, mangsa, Azhar Budin, 35, yang berasal dari Kampung Belakang Sekolah Kebangsaan Asam Jawa, di sini yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu anggota polis dari unit kereta peronda (MPV) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Baling dari arah Parit Panjang menghala ke arah IPD Baling untuk bertugas pada pukul 9 pagi.

Menurutnya, kereta yang dipandu anggota polis itu dipercayai terbabas di di simpang tiga Carok Kelian dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa.

“Akibat daripada kemalangan tersebut mangsa yang bekerja sebagai operator kilang telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala anggota polis terlibat mengalami cedera ringan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya