Pekerja feri gagal seludup ketum ke Langkawi - Utusan Malaysia

Pekerja feri gagal seludup ketum ke Langkawi

SHARIMAN Ashari (kiri) menunjukkan sebahagian daripada 210 kg daun ketum yang dirampas dalam serbuan di Terminal Feri Penumpang Kuah di Langkawi, Kedah, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang pekerja feri gagal menyeludup 210 kilogram daun ketum ke pulau peranginan ini selepas ditahan polis di Terminal Feri Penumpang Kuah, di sini, semalam.

Remaja berusia 19 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi kira-kira pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, suspek yang ditahan di dalam feri penumpang dari Kuala Kedah itu kemudian menunjukkan tempat dia menyimpan daun ketum tersebut.

“Pemeriksaan lanjut menemukan enam guni putih berisi daun ketum yang dibungkus dengan plastik lut sinar bernilai kira-kira RM2,100 di tempat penyimpanan barang dan bagasi penumpang,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Langkawi, hari ini.

Katanya, suspek yang berasal dari Kodiang, dekat sini didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. – UUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya