Pegawai, anggota polis sertai parti liar bebas dengan jaminan - Utusan Malaysia

Pegawai, anggota polis sertai parti liar bebas dengan jaminan

MIOR Faridalathrash Wahid (kanan) menyerahkan sijil penghargaan kepada Koperal Azizul Mohamad dari Balai Polis Gerik pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di IPD Hilir Perak,Teluk Intan, Perak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Pegawai dan lima anggota polis yang didapati positif dadah selepas ditahan dalam parti liar di Ipoh, dekat sini minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan ke atas mereka hampir selesai dan dibebaskan selepas tempoh reman empat hari tamat.

“Kita masih menunggu keputusan sampel air kencing mereka dari Jabatan Patologi.

“Sekiranya keputusan ujian itu masih positif mengambil dadah terlarang, kita rujuk pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk dituduh di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini, hari ini.

Utusan Online pada 26 Februari lalu melaporkan, seorang inspektor polis dan lima anggota antara 14 individu yang ditahan ketika leka berhibur di sebuah pangsapuri di Ipoh.

Kesemua mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun itu bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan saringan awal air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine serta ketamin.

Yang turut ditahan dalam serbuan tersebu lapan wanita termasuk tiga warga Indonesia.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis berkenaan, Mior Faridalathrash menegaskan, beliau sama sekali tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam kes salah laku.

Katanya, tindakan tegas diambil sekiranya didapati bersalah termasuk dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

“Saya dapati, masih ada sebilangan individu yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah seperti mana tangkapan ke atas enam anggota sebelum ini.

“Jika ada yang masih berdegil melakukan kesalahan-kesalahan ini, tindakan tegas termasuk buang kerja atau diturunkan pangkat akan dikenakan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya