Pecut kereta 22km sebelum ditahan - Utusan Malaysia

Pecut kereta 22km sebelum ditahan

DADAH yang dirampas setelah polis menahan seorang lelaki yang melarikan diri menggunakan kereta dari sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Sungkai semalam. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Selepas enggan berhenti dan melarikan diri dengan menggunakan kereta sejauh 22 kilometer, seorang lelaki akhirnya ditangkap di hadapan Balai Polis Sungkai, dekat sini semalam.

Lelaki berusia 43 tahun sebelum itu enggan berhenti seperti diarahkan polis semasa pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Slim River pada pukul 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, sepasukan polis mengejar suspek yang memecut laju ke arah utara sebelum diberkas di hadapan Balai Polis Sungkai.

Katanya, suspek yang memandu kereta jenis Proton Inspira itu dibawa ke Balai Polis Slim River untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan menjumpai beg yang mengandungi satu peket plastik lutsinar disyaki berisi dadah jenis methamphetamine dan 25 paket plastik lutsinar disyaki berisi dadah jenis heroin.

“Turut dijumpai dalam pemeriksaan itu adalah satu bekas kaca disyaki alat untuk menghisap dadah dan satu ikat plastik lutsinar disyaki untuk membungkus dadah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, polis juga menemukan wang kertas berjumlah RM362 dan mata wang asing sebanyak 19 dollar Singapura serta seunit telefon bimbit dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM2,500.

“Semakan mendapati suspek yang direman enam hari bermula hari ini mempunyai satu rekod lampau bersabit kes dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 serta Sekyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya